Monday, July 9, 2012

Rakyat Malaysia mangsa letupan bom di Hatyai


HATYAI 1 April - Berikut ialah senarai nama mangsa warga Malaysia yang terbunuh dan cedera dalam kejadian letupan bom di Hotel Lee Garden Plaza di sini:
Meninggal dunia
1. Law Phin Hock, 46, (lelaki) berasal dari Taman Seri Petaling, Kulim, Kedah.

Hospital Rajyindee
1. Minnie Ng, 35, (perempuan), Banda Hilir, Melaka.
2. Choo Kok Boon, 46, (lelaki), UOG Heights, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
3. Sangathali Khrisnan, 33, (perempuan), Jasin, Melaka.

Hospital University Prince of Songkhla (PSU)
1. Ooi Foon Chuan, 33, (lelaki), Bukit Indah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang - kritikal.
2. Wong Szee Ee, 28, (perempuan), Butterworth, Pulau Pinang.
3. Lin Hock Bee, 38, (perempuan), Alor Setar, Kedah.
4. Lew Kin Lai, 38, (lelaki), Alor Setar, Kedah - kritikal.          

 - UTUSAN


Lagi>>>>>>> klik disini

Pekerja restoran Malaysia dilaporkan hilang di Hatyai



KANGAR 1 April — Seorang pekerja restoran dari Kuala Kedah dilaporkan hilang dalam kejadian letupan bom di bangunan Hotel Lee Gardens Plaza di bandar Hatyai semalam, yang mengorbankan 10 mangsa termasuk seorang rakyat Malaysia.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata Tan Peng Chan, 39, gagal ditemui selepas kejadian pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) itu dan keluarga mangsa memaklumkan tentang kehilangan itu hari ini.  Katanya keluarga mangsa akan melakukan pengecaman satu mayat di Hospital Songkhla Nagarind esok.
        Setakat ini, seorang rakyat Malaysia, Low Thian Hock, 46, dari Kulim, Kedah, terbunuh dan 27 lagi rakyat Malaysia cedera termasuk 11 mengalami kesan terbakar yang serius antara 30 hingga 50 peratus.  Mohd Aini berkata mayat Low akan dihantar pulang esok.
Katanya dua pelancong wanita, K. Sagunthala, 34 dan Mini Ng, 35, dibenarkan pulang hari ini selepas mendapat rawatan di Hospital Rajyindee.— BERNAMA